Search

KEMBARA KERJAYA MDB (SIRI 4)

Saya tamat...

  • Share this:

KEMBARA KERJAYA MDB (SIRI 4)

Saya tamat belajar di Universiti Kuwait pada Jun 1988. Saya berada di persimbangan. Pilihan pertama balik & bekerja di Malaysia. Dapat hidup dengan isteri yang telah ditinggalkan hampir setahun. Atau terus bekerja di syarikat swasta sepenuh masa dengan gaji lumayan tetapi sukar nak dapat visa bagi isteri.

Pilihan ketiga bekerja dengan pihak kerajaan Kuwait. Dikhabarkan senang sikit nak dapat visa isteri.

Saya membuat persiapan memohon kerja di Kementerian Awkaf walaupun gaji rendah. Macam2 interview & ujian saya lalui. Kebetulan tidak ada banyak kerja kosong. Akhirnya saya dapat tawaran sebagai Imam di sebuah Mesjid di kawasan kelab bekas2 nelayan orang Kuwait. Kebanyakkanya sudah berumur & pencen. Mesjid kecil ini terletak di tepi pantai di Shuwaikh kira2 800 meter dari bandar Kuwait.

Mesjid ini hanya dibuka bagi solat Asar, Maghrib & Isyak. Saya tidak ada tempat tinggal. Saya kena menyewa rumah & bilik. Saya tidak mahu menyewa kerana kos sewaan tinggi. Saya juga hanya menunggu visa isteri bagi bawa isteri ke Kuwait sambil berharap dapat sambung Masters di Kuwait. Banyak impian manis sambil berjalan di atas duri sepanjang jalan.

Saya difahamkan ada beberpa kontena kosong yang disediakan Kementerian Awkaf di beberapa Mesjid untuk imam2, bilal2 & siak2. Ianya percuma. Kontena ini lengkap dengan sebuah unit aircond. Tandas adalah tandas awam di Mesjid.

Saya minta & dapat. Jarak antara kontena ini dengan mesjid saya sekitar 1 km. Setiap petang, sebelum masuk waktu Asar, saya akan berjalan ke mesjid untuk mengimamkan solat Asar. Saya akan berada di sana sehingga habis solat Isyak.

Masa antara waktu solat, saya banyak membaca buku & majalah yang dibawa dari kontena sambil sembang2 dengan pakcik2 yang ramah & mesra di kelab. Yang tak tahan, ingatan rindu kepada isteri. Memang mengoncang jiwa. Ujian besar dalam menjahit satu impian yang lebih besar. Bila tertekan sampai menangis, saya hanya berjalan2 di tepi pantai seorang diri berdoa dalam tangisan memohon rahmat & belas kasihan Ilahi.

Di waktu pagi, saya banyak membaca majalah2 bahasa Arab bertimbun2 di kontena. Aman & tenang. Hati siapa tahu.
(foto sekadar hiasan).

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts